9th May 2009, McDonald's Mutiara Damansara DT. Mini Market Damansara dengan rasa rendah diri telah menjalankan "Charity Carwash" untuk Rumah Ilham TTDI. Dengan usaha dan kerjasama dari OC, SM, CSM, STAR dan krew Mini Market Damansara usaha murni ini telah berjaya mendapat sambutan dari pelanggan dan juga kakitangan dari ibu pejabat.
Jutaan terima kasih untuk Jeffery Tan, Bee Ping OM, Murali Training, Jun CCD dan Naguib OC diatas sokongan yang anda berikan. Tidak lupa juga Afraz CCD, Erni LSM dan SM dari #186, #223 & #146 yang turut hadir dan memeriahkan lagi acara ini.
Dan juga kerja keras dari OC Michael Yeap, SM Shazwan, Marzita, Yusri, Airen, Faizal & Nizam, CSM Abby, STAR Suraya, First Asst Ayuni, Shamsul & kru-kru yang terlibat iaitu Mizi, Mat Saleh, Rahmat, Ballamah, Aziatul, Miah & Azmi.


This project will be done by Mini Market 


Dengan isu kemelesetan ekonomi dan sentimen di negara kita ini, kami memandang langkah syarikat dengan memperkenalkan McValue Lunch Special sebagai sesuatu yang memberi nilai untuk pelanggan. Baru-baru ini SM Mini market kami pergi minum di Teh Tarik Place, harga untuk sepinggan Mee Goreng Mamak ialah RM5.90! Itu belum lagi dicampur dengan 5% cukai kerajaan. Sedangkan McDonald's menawarkan McValue Meal pada harga RM5.95 yang mana ianya menawarkan minuman, kentang goreng dan burger. Tapi di Teh Tarik Place apa yang dimakan belum dicampur dengan harga minuman lagi. Jadi sokonglah McValue Lunch Special untuk meningkatkan lagi jualan restoran! 





