Sunday, March 22, 2009

April Community Project


This project will be done by Mini Market Damansara and it was a continuous project till end of the year!


Friday, March 6, 2009

Sales Building Activity and Community Support

6 Mac 2009, McDonald's Kota Damansara DT has join Sri KDU Sports Day event to support the local community and part of Sales Building activity. We are sponsoring 2 barrel of Orange Bowl for the event and we having an opportunity to open our booth to sell some of the menu item. The sports event was started from 7am untill 12pm are the yearly event of Sri KDU which has been attend about 750 of students and parents, from the event our store manage to get RM3626.10 for 3 hours of business hours. We will continue our support for the local community in any event to raised company image and build more sales in future! This our booth which is set up near to the track & field entrance.
How's this? Nice huh?


Business in progress!

Tuesday, February 24, 2009

Murahnya McValue Lunch Special!!

Dengan isu kemelesetan ekonomi dan sentimen di negara kita ini, kami memandang langkah syarikat dengan memperkenalkan McValue Lunch Special sebagai sesuatu yang memberi nilai untuk pelanggan. Baru-baru ini SM Mini market kami pergi minum di Teh Tarik Place, harga untuk sepinggan Mee Goreng Mamak ialah RM5.90! Itu belum lagi dicampur dengan 5% cukai kerajaan. Sedangkan McDonald's menawarkan McValue Meal pada harga RM5.95 yang mana ianya menawarkan minuman, kentang goreng dan burger. Tapi di Teh Tarik Place apa yang dimakan belum dicampur dengan harga minuman lagi. Jadi sokonglah McValue Lunch Special untuk meningkatkan lagi jualan restoran!



Sunday, January 4, 2009

Harimau dan Penguin menyerang Kota Damansara??

Madagascar 2 meneyerang Kota Damansara pada 23 & 28 Disember 2008!! Kami menerima kunjungan dari Alex The Lion & Skipper The Penguin sempena pelancaran Madagascar 2 The Movie yang juga sebahagian dari aktiviti CAP Kota Damansara sepanjang bulan Disember 2008.Sempena kedatangan mereka kami juga mengadakan Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun. Sambutan agak mengalakkan dan kami turut meminta bantuan STAR dari JJ Bandar Utama ( Apple ) dan Uptown ( Rozita ) untuk melayani karenah peserta pertandingan mewarna.Selain dari pertandingan mewarna, mereka juga diberi peluang untuk bergambar bersama Alex dan Skipper!Acara penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Pengurus Restoran En. Nizam.
Para kru dan pengurus juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Alex & Skipper

Friday, November 7, 2008

TMO Family Night Mini Market Damansara


23 October 2008, Kota Damansara. Pengurus restoran ( SM )& Perunding operasi ( OC ) Mini Market Damansara ( MMD ) telah sepakat untuk menganjurkan Family Night pada hari tesebut. Dengan kerjasama dari semua SM, CSM & STAR MMD, kerja-kerja menaikkan khemah dan pentas telah dijalankan dari seawal jam 10 pagi.



Sesi memasang kain langsir & tirai yang dipinjam dari pengurus-pengurus, CSM & STAR.

Kelihatan Airen ( SM ) sedang memerhatikan kain alas meja yang dipinjamkan sedang diubahsuai menjadi tirai.

Ahli jawatan kuasa kerusi meja Marzita ( SM ) sedang sibuk menyusun kerusi dan penonton acara susun kerusi dibelakang ialah Faizal ( SM ) dan Shazwan ( SM ).

"Agak-agak kerusi ni kalau susun jadi L shape cantik gak"






Yusri ( SM ) sedang cuba mereka "Coreograph" untuk peserta pertandingan "Children Fancy Costume" sambil Angah ( CSM ) memberi komen tentang "coreography" yang agak keterlaluan.

"Mana boleh macam tu! pentas ni kecik la, tak boleh goyang gerudi!!!"

"Hello datuk itu kain kasi gulung bulat-bulat jadi bunga la baru cantik!"

Sunday, October 5, 2008

Perkhidmatan McVan



Bermula dari awal September 2008, Mini Market Damansara telah memulakan perkhidmatan McVan. Perkhidmatan ini disediakan untuk kemudahan kru pergi dan balik kerja, perkhidmatan ini juga beroperasi 24 jam setiap hari. Dengan adanya perkhidmatan McVan ini masalah pengangkutan untuk kru dapat diatasi.

Saturday, September 20, 2008

Majlis Berbuka Puasa Bersama Kanak-Kanak dari Penempatan Orang Asli Ulu Kuang


18 September 2008, McDonald's Kota Damansara DT. Pengurus Restoran dan Perunding Operasi Mini Market Damansara telah menganjurkan Majlis Berbuka puasa bersama Kanak-kanak dari penempatan orang asli Ulu Kuang. Seramai 25 orang kanak-kanak lingkungan umur dari 4 tahun ke 14 tahun telah dijemput, mereka dihidangkan dengan Happy Meal Beefburger dan menu-menu yang dimasak sendiri oleh semua Pengurus Restoran Mini Market Damansara. Sementara itu pengurus-pengurus telah mengumpulkan sumbangan berupa pakaian dan alat permainan untuk kanak-kanak tersebut. Acara yang bermula pada jam 6.30pm ini dimulakan dengan "Store Tour" oleh CSM & STAR dan berakhir pada jam 8.30pm.




Sementara menunggu "Store Tour", kanak-kanak ini diberi penerangan tentang aturcara majlis.

Khemah menempatkan menu-menu yang telah dimasak oleh pengurus-pengurus restoran.


Kanak-kanak di berikan "Goody Bag" sebagai cenderahati.