Friday, August 15, 2008

Badminton @ TTDI




Kelihatan Perunding Operasi Michael Yeap sedang memerhatikan ketekunan Pengurus Restoran Cik Airen menjaga garisan untuk memastikan ketelusan dan mengelakkan rasuah!


Pasukan juara : McD Mutiara Damansara DT bersama Pengurus Restoran Shazwan merangkap pemain merangkap penganjur merangkap jurulatih merangkap tukang masak dan lain-lain.... Pasukan naib juara : McD kota Damansara DT bersama Pengurus Restoran Nizam yang tak senang duduk sebab asyik dapat no 2....

Pemain dari McD Kota Damansara sedang menghubungi Misbun Sidek untuk mendapatkan tips terakhir sebelum perlawanan bermula.

11 August 2008, Pusat Komuniti TTDI.

Aktiviti krew Mini Market Damansara untuk bulan August 2008 ini telah berlangsung di dewan Pusat Komuniti TTDI menyaksikan kesungguhan pemain-pemain dari semua restoran Mini Market Damansara yang juga membuktikan mereka bukan sekadar hanya pandai memasak burger di dapur tapi juga hebat gelanggang badminton. Pada hari itu juga Perunding Operasi Michael Yeap telah menunjukkan bakat beliau dengan mengalahkan gandingan Pengurus Restoran McD Mutiara Damansara Shazwan. Aktiviti bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang menyaksikan kejuaraan kali ini berpihak kepada McD Mutiara Damansara dan naib juara McD Kota Damansara.

No comments: