Sunday, May 24, 2009

Wednesday, May 13, 2009

Charity Carwash For Rumah Ilham


9th May 2009, McDonald's Mutiara Damansara DT. Mini Market Damansara dengan rasa rendah diri telah menjalankan "Charity Carwash" untuk Rumah Ilham TTDI. Dengan usaha dan kerjasama dari OC, SM, CSM, STAR dan krew Mini Market Damansara usaha murni ini telah berjaya mendapat sambutan dari pelanggan dan juga kakitangan dari ibu pejabat.

Jutaan terima kasih untuk Jeffery Tan, Bee Ping OM, Murali Training, Jun CCD dan Naguib OC diatas sokongan yang anda berikan. Tidak lupa juga Afraz CCD, Erni LSM dan SM dari #186, #223 & #146 yang turut hadir dan memeriahkan lagi acara ini.Dan juga kerja keras dari OC Michael Yeap, SM Shazwan, Marzita, Yusri, Airen, Faizal & Nizam, CSM Abby, STAR Suraya, First Asst Ayuni, Shamsul & kru-kru yang terlibat iaitu Mizi, Mat Saleh, Rahmat, Ballamah, Aziatul, Miah & Azmi.

TMO Charity Carwash for Rumah Ilham

8th May 2009, Semua pengurus restoran McDonald's Mini Market Damansara telah bertungkus lumus untuk menyiapkan persediaan untuk merealisasikan program "Charity Carwash" untuk Rumah Ilham. Bermula dari jam 5.00 petang proses memindahkan khemah dan membersihkan kawasan lapang disebelah restoran McDonald's Mutiara Damansara DT giat dijalankan.
Bantuan dari Perunding Operasi ( OC ) Michael Yeap juga banyak membantu melicinkan lagi proses tersebut.
Usaha murni yang dilakukan ini adalah untuk membantu meringankan kos perbelanjaan untuk Rumah Ilham.