Thursday, August 14, 2008

Futsal @ Kaki Futsal, Sungai Buloh

17 Julai 2008, Kaki Futsal Sungai Buloh.



Karnival Futsal diantara restoran "Mini Market Damansara" yang terdiri daripada restoran McD One Utama, McD Uptown, McD BUDT, McD Kota Damansara, McD Mutiara dan McD Cineleisure telah berlangsung di Kaki Futsal Sungai Buloh menyaksikan persaingan sengit diantara McD One Utama dan McD Kota Damansara di pusingan akhir. Kemenangan telah berpihak ke McD One Utama menyaksikan McD Kota Damansara hanya mampu meraih naib juara. Karnival ini merupakan satu acara wajib setiap tahun bagi "Mini Market Damansara" dan sememangnya dinantikan oleh setiap krew di restoran.




Pasukan McD Bandar Utama DT yang diketuai oleh Pengurus Restoran Puan Marzita yang juga merangkap ketua jurulatih dan menyebabkan pasukannya tersingkir lebih awal. Antara faktor lain yang menyebabkan kekalahan ialah kerana kekurangan bajet untuk menempah jersi dan mengakibatkan pemain terpaksa memakai t-shirt 24 Hours.


Pasukan McD Ceneleisure adalah pasukan yatim ini kerana
ketiadaan ketua pasukan iaitu Pengurus Restoran Encik Yusri kerana agak sibuk menjaga anak. Walau bagaimanapun pasukan ini telah memberi impak kepada pasukan lain diatas kecemerlangan pemain-pemain mereka yang bertarafa jaguh kampung. Malangnya pasukan ini kalah pada saat-saat akhir kerana penjaga gol pasukan ini telah mengalami kecederaan yang agak teruk.





McD Mutiara Damansara menampilkan pemain yang bersemangat waja namun kecundang walaupun mendapat sorakan dan sokongan yang hebat dari kelab penyokong restoran tersebut. Mungkin strategi yang dirancang pada saat-saat akhir tidak menjadi kerana pemain tidak cukup tidur!




Pasukan dari McD One Utama yang merupakan juara keseluruhan hasil kerja keras pemain-pemain yang meminum kopi tongkat ali sebelum perlawanan bermula. Hasil jeritan nyaring dari pengurus pasukan iaitu Cik Airen menyebabkan pemain berusaha berhempas pulas untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Pengurus pasukan telah berbesar hati untuk belanja semua pemain-pemain mereka makan besar selepas kemenangan tersebut.




Pasukan "Underdog" yang melonjak ke tangga naib juara dan juga merupakan bukan pasukan pilihan. Hasil kesungguhan pemain-pemain, kemenangan hanya mampu melintas didepan mata. Namun mereka berjanji akan bangkit pada kejohanan atau aktiviti yang akan datang.

No comments: